Macam mana nk buat cupcake huh???...haaa....Biasanya yang rajin nk buat cake ni si Ija tp dalam banyak2 try berapa kali je cake dia sucsess...Apa pun ija.....good try...Macam Thomas Edison, pencipta mentol telah melakukan 3000 uji kaji sebelum menemui bahan paling sesui untuk dijadikan filamen mentol. Beliau tidak pernah hilang kesabaran setiap kali uji kaji beliau gagal, bahkan berkata, “aku telah mempelajari bagaimana untuk tidak membuat mentol”.Sumber Klik
So sebelum mahu membuat kek yang besar2 sila lah mencuba kek yang kecik2 dulu ye...contohnya cupcake
Bahan
200g marjerin
150g gula
4 biji telur
200g tepung
1 tsp serbuk penaik
1 tsp esen vanila
Sedikit serbuk koko
Cara
1. Putar marjerin dgn gula hingga kembang.
2. Masuk telur satu per satu dan terus memutar.
3. Tambah esen vanila.
4. Masuk tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik sedikit2 dan gaul rata.
5. Asingkan sedikit adunan, tambah serbuk koko dan gaul rata.
6. Masuk satu sudu adunan ke dalam tiap2 paper cup.
7. Tambah sedikit adunan coklat diatasnya.
8. Bakar 180'C selama 15 minit
lebih info Klik
p/s jangan isi penuh didalam cup sebab kek akan kembang dan dikhuatiri akan melimpah keluar dari cup apabila sudah masak
No comments:
Post a Comment