Blogwalking

Followers

23 February 2011

khasiat Halia

Salam pada semua...

Semoga Hari Rabu ini adalah hari baik untuk kita...semoga gembira, segala urusan berjalan lancar dan sihat walafiat. bercakap pasal sihat disini kita bercerita pasal makanan yang ada khasiatnya...
Salah satunya adalah halia...setelah berbulan2 ayah saya En Fauzi mengusahakan tanaman halia..akhirnya ini hasilnya.











 Inilah adik ku Daniel bersama Halia hehe..Model promote halia




Info tentang Halia


Tanaman halia bukan saja digunakan dalam masakan tetapi tumbuhan herba ini juga terkenal sebagai makanan kesihatan.
 
Halia mengandungi sehingga tiga peratus minyak pati yang memberikannya aroma. Rizom (akar) halia muda biasanya berjus dan mempunyai rasa pedas yang lembut.

Halia jeruk boleh dimakan sebagai snek dan air halia yang ditambah dalam teh bersama-sama madu akan menambahkan keenakannya.

Terdapat halia yang boleh dimakan dan biasanya ditambah dalam masakan seperti rempah atau sebagai ulaman.

Selain dalam masakan dan minuman, keluarga halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba.

Sehingga kini terdapat 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.

Kajian perlu dijalankan dengan mendalam memandangkan halia boleh dijadikan sumber kanji manakala dalam dunia perubatan, keluarga halia didapati mempunyai aktiviti biologi yang baik sebagai anti kanser, anti mikrobial, anti oksidan dan anti radangan.

"Di negara jiran Indonesia, keluarga halia seperti temu, kunyit dan halia banyak digunakan dalam jamu, kosmetik dan teh.

"Di sini semakin banyak produk dihasilkan daripada halia seperti teh, kosmetik, aroma terapi, krim wajah, krim pemutih dan krim anti penuaan," katanya.

"Pelbagai aspek kajian mengenai spesies yang baru ditemui dan terdapat kajian yang akan menjadi asas kepada etnobotanikal terutama dalam kepentingan perubatan.  
Sumber  klik sini

4 comments:

  1. ini la org kata kalau berbudi dgn tanah byk manfaatnyakn...

    pasni bole tanam mcm2 seperti serai.kos serai ok jgk x ssh nk jge.lgpun serai pun permintaan byk hehehe....(suggestion je)

    ReplyDelete
  2. eleh... tanam sendiri lah...

    ReplyDelete
  3. betul tu kata putra, yg penting rajin dan ada keinginan utk berusaha

    ReplyDelete